RSS

Saturday 3 July 2010

Pembentangan Pertama Persidangan MCGJ



Mengurus Kejayaan oleh Tn Hj Ismail binRosdi
Pengetua Taman Desa Cemerlang Pasir Gudang


17 Petua Napolean Bonaparte diaplikasikan untuk kejayaan :
1.Sikap mentalpositif
2.Sihat tubuh badan
3.Harmonidalam perhubungan
4.Bebas dari rasa takut
5.Mengharap pencapaian
6.Keupayaan iman
7.Berkongsi kebahagiaan
8.Mencintai kerja
9.Fikiranterbuka
10.Disiplin diri
11.Upaya memahami orang lain
12.Kewangan yang mantap
13.Bekerjasama
14.Mengeluarkan visi kreatif
15.Menjaga kesihatan
16.Menjaga masa dan kewangan
17.Guna kekuatan dalam gerak hati

"Mengenali beliau seperti sudah kenal lama............."

Saturday 26 June 2010

Info Terkini....PERSIDANGAN MGCJ 2010



Salam buat Guru Cemerlang

Buat Insan yang terpilih : 10 orang adalah AJK MGC PONTIAN

Tempat :Hotel Selesa PasirGudang
Pendaftaran : Jam 8pagi
Bayaran : Sendiri RM 120
Pakaian : Batik dan Blazer

Buat AJK Tertinggi.. anda adalah CALON- CALON NYA........

HUbungi Setiausaha dan Pengerusi Jika Ada Masalah

Datanglah Beramai-ramai...JUMPA anda disana......!!!

Lahirkan Kembar Saudara...... Anda Boleh?



Salam....Petua Untuk Berjaya

"Apabila menguruskan kerja,kita perlu melatih bakat-bakat yang berpotensi supaya mereka dapat melakukan kerja sebaik yang kita lakukan.."
Dr Liwauddin Mohamad

Menerusi Kaedah Umar Al Khattab sangat mengagumkan........... dalam hal latihan dan pendidikan begitu juga perluasan wilayah..beliaulah tokoh yang amat dikagumi.

Caranya MUDAH " Tidak terlalu sukar..kalau kita berjaya mencipta beberapa orang diri kita"
Petuanya :
1. Bertanggungjawab atas apa yang kita perkatakan,
2.Buatapa yang saudara suka orang lain buat
3.Menerima kegagalan diri dan meminjamkan kejayaan kepada orang lain
4.Tunjukkan saudara boleh berjaya dengan formula saudara



INSYALLAH...Bukan Senang nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah
Percaya pada diri kita sendiri... Yakin Diri Yakin Boleh

Salam Perkongsian Ilmu


Anda kenal Dato Dr Haji Mohd Fazilah Kamsah..........
Siapa tak kenal beliau???

Gaya Bahasanya... Cool..Orangnya hebat apabila berkomunikasi
Bagaimana beliau melakukannya? Beliau banyak mengkaji dan menyelidiki subjek yang diminati oleh tetamunya atau orang yang akan beliau temui.

Pepatah Arab ada mengatakan :
" Berbicaralah dengan manusia mengikut kadar pemikiran akal mereka"

Caranya ialah :
1. Kenal pasti peringkat umur
2.Kenal pastigaya hidup
3.Kenal pasti siapa orangnya

Suatu lagi perkara yang perlu diingat....
"Sentiasa buat orang berasa diri mereka penting...agar kita juga dihargai oleh orang lain.
Bagaimana dengan anda? Beliau adalah Idola...dalam berkomunikasi

Friday 11 June 2010

BERIKAN PS2

Salam....kasih sayangbuat semua umat di dunia ini...

Satu perkongsian ilmu sesuai untuk dikongsi bersama..

Salah satu asas magnetik yangdapat kita pncarkan sinergi kepada orang lain ialah
Berikan PS2....

Rahsia HassanAl-Banna
1.Pandang wajah orang yang bersalam dengan kita
2.Berikan senyumandan lafazkan salam
3.Sebut namanya..
Itulah daya kepimpinannya

Rahsia Roosevelt
1.Prihatin
2.Sayang
3.Sangkabaik


Kesimpulannya:
Asas utama : Bagi membuktikankeprihatinan adalah dengan meluangkan masa memahami seseorang melalui latarbelakang mereka melalui keluarga,tabiatnyadalam ekonomi,politik dan sosial...
Ingatlah Fitrah Manusia... Manusia Cukup Bangga apabila nama mereka disebut-sebut tidak kira oleh sesiapa...ANDA SETUJU?

Tuesday 20 April 2010

Mengimbas Kembali Tugasan GC

Salam kembali... rasnaya dah lama saya tak menulis di dada blog ini..bukannya apa..terlalu banyak meeting mesyuarat kelas tambahan dan perjumpaan sehinggakan rasanya masa 24 jam ini rasanya terlalu mahal dan berharga.

Begitulh saya rasakan apabila menjadi Guru Cemerlang,Jadi Ketua Panitia ,Setiausaha Bilik Guru,Setiausaha MGC Pontian.. Ya allah... hari sabtu dan ahad pun penuh dengan aktiviti... nak menanda buku dan latihan sentiasa tertangguh.. Ya allah berikanlah kekuatan lahir dan Bathin..

Tugasan sebagai ibu dan isteri juga memerlukan kudrat bukan calang2 ...Hanya Allah yang Tahu... Suami ku orang yang paling banyak bertungkuslumus dan membantu..Tanpa dia...siapalah ...aku sebagai isteri..anak2 adalah orang yang amat memahami..Terima kasih anak2 ku...Tibalah masanya Ibu Perjuangkan masa ini untuk MU......................

Saturday 6 March 2010

Berakhirnya Penutupan Kursus Bina Blog Bermulanya Suatu Inovasi




Salam.... Upacara penutupan oleh En Jasni dari sektor Jaminan Kualiti JPNJ suatu kebangaan buat para blogger..En Ismail mengharapkan agar kami dapat merealisasikan blog MGCJ dan insyallah semoga usaha ini akan menjadi suatu platform dalam agenda MGCJ untuk mencipta suatu Inovasi.

Thursday 4 March 2010

Dekatilah Golongan Muda ..





Salam perkongsian ilmu.........

Golongan muda khusunya 40 tahun ke bawah merupakan golongan yang perlu didekati kerana merekalah yang akan mewarnai pentadbiran negara.
Golongan ini mudah terdedah dengan pelbagai maklumat dan informasi..... perlulah pandai memilih antara kaca dan permata,antara nilam dan mutiara....tidak mudah melatah dalam membuat keputusan, dan mempunyai pendirian yang tetap tidak seperti lalang.

Kasihilah golongan muda,bimbinglah mereka...Yang muda dikasihi,Yang tua dihormati..
Wujudnya persatuan-persatuan belia yang ada pada hari inilah perlulah berlandaskan di jalan yang benar-benar tepat dan sesuai dengan apresiasi rakyat dan masyarakat Islam khususnya.
Teruskan Golongan Muda..Kaulah Penentu Terajui Negara .... Hanya Jauhari yang mengenal manikam..

Kursus Bina Blog Fasa 2



Salam........ Alhamdulillah kursus Bina blog kali ini berjaya dijalankan pada 4-5 Mac di BTPN atau Pusat Sumber Negeri Johor di Skudai.Kursus ini telah berjaya memantapkan para jurulatih blog daerah masing-masing untuk mengemaskinikan blog yang ada
Banyak input yang diberikan seperti pendedahan tentang perkongsian bahan dan laman URL yang boleh dijadikan link. Sesungguhnya kursus yang hanya dihadiri lebih kurang 20 orang ini memperoleh suatu kepuasan yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata.
Maklumat atau berita yang disampaikan tentang Metro Isu Gereja beri wang kepada ibu RM 2000 telah banyak memberikan kesedaran bahawa Islam itu bersifat SYUMUL.
Bantulah mereka mengikut kemampuan orang islam itu ibarat suatu badan terasa sakit,semuanya akan merasakn kesakitan,penderitaan tersebut.Disitulah nilai ukwah yang sukar untuk dirungkai oleh mana-mana pihak.Kembalilah kepada konsep Rasulullah S.A.W
( Sahifah Madinah) banyak yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya.


Sekadar Introfeksi ..Terima kasih tidak terhingga kepada Jurulatih utama Encik Ismail bin Yon ..anda adalah sifu yang sangat kami hargai.

Wednesday 3 March 2010

25 Flagship Pengarah


29 FLAGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR

1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.
i- Pengetua.
ii-Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.
24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.
27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan

Anda Berkarisma Apabila......?


Salam....


Pemimpin berkarisma tetap dihormati dan disanjung selepas turun dari kuasa.............
mereka

Hayatilah Keajaiban BULUH CINA.....


Di tanam selepas tanah digembur, selepas empat tahun,tidak ada tanda-tanda pokok bercambah.Apa yang dilihat hanyalah sedikit anak pokok.
Selepas lima tahun, buluh cina itu nak sehingga 80 kaki,


Pemimpin yang berprinsip memahami metafora ini...Mereka tahu apakah harga untuk menggembur tanah,menanam benih dan menyuburkan dan memupuk anak benih walaupun mereka tidak melihat hasil yang segera,kerana mereka percaya bahawa mereka akan menuai hasilnya..
Dipetik daripada: Stefen R.Coeyey First Thing First


Percayalah..Karisma adalah satu proses.."Kota Rom tidak dibina pada satu malam.." Karisma. adalah perkara misteri menurut anggapan sesetengah pihak. Ketahuilah..hari ini anda perlu percaya usaha membina karisma seperti anda menanam pokok buluh cina.


Semuga kita akan meneruskan usaha supaya anda sendiri berasa puas dengan apa yang anda usahakan.

PETUA ORANG YANG BERJAYA



Salam perkongsian ilmu...JAdilah seperti AIR dan ASAP

Profesor Sidek Baba..seorang pakar pendidikan ada mengatakan :
"Pendakwah itu seperti air dan asap..ia mengalir dan meresap".Ungkapannya cukup indah didengar apalagi dihayati.
Dalam menguruskan kerja seharian,kita mesti menyesuaikan diri dengan keadaan,tempat dan waktu.Tidak semua cara dapat digunakan bagi semua keadaan.Tidak semua orang dapat menerima semua cara.Ada kaedah yang berlainan bagi keadaan dan orang yang berlainan.

Mengagihkan tugasan kepada orang bawahan tidak sama dengan mengagih tugasan kepada rakan sepasukan.Juga tidak sama mengagihkan tugasan kepada ahli keluarga.Apa yang kita perlu ada ialah Personaliti Adaptif iaitu personaliti yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan,tempat dan orang yang kita temui.

"Lain padang,lain belalang,lain tempat,lain orangnya,banyak orang banyak ragamnya"

Tanamkanlah sikap :
1.Bersedia belajar dan menimba ilmu daripada orang lain
2.Bersedia hendak mengubah sikap dan tabiat lama sebelum ini
3.Membina perasaan selesa dengan orang lain
4.Pandai membaca suasana dan keadaan serta penampilan diri terbaik
5,Jangan cepat bertanggapan negatif ke atas orang lain
6.Pamerkan raut wajah yang positif dan ceria
7.Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar yang baik

" Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu.."-Nabi Muhammad s.a.w

Ketahuilah adaptif itu tidak munafik dan hipokrit.Hanya orang yang jahil sahaja berkata sedemikian.Jangan hiraukan mereka,meresaplah seperti ASAP dan mengalirlah seperti air.


Berubah Pimpinan MGC Pontian 2010

PENGERUSI MGC PONTIAN 2010 : EN BAHTIAR BIN HJ SUKKOR
Blockquote

naib pengerusi MGC PONTIAn : EN SALLEH ASMONI





Salam.. Harapan saya agar semua GC Pontian sudahpun mengenali Pengerusi MGC yang baru Iaitu Encik Bahtiar Sukkor daripada SMK DAto ALi Haji Ahmad .Naib Pengerusinya Sek Menengah ialah Encik Salleh Asmoni daripada SMK Ayer Baloi.Naib Pengerusi Sek Rendah Puan Norseha Shari. Setiausaha1 kekal yang lama Pn Sharifah'Ain daripada SMK Dato'Penggawa Barat..Setiausaha 2 Pn Misnah Jamil SK Sri Kembar.Bendahari diganti Puan NurzihanSMk Ayer Baloi

Tahniah kepada Pimpinan yang baru ini semuga meneruskan budaya kecemerlangan dan semangat kerja berpasukan.Tanpa adanya teamwork yang cukup mapan dan ampuh takkan jadi sebuah Kepimpinan yang unggul...

Berilah sokongan kepada kami...dengan sentiasa menghadiri Mesyuarat dan aktiviti MGC
Besar Tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan... Semuga kita sentiasa meneruskan budaya kerja yang cemerlang tanpa adanya perasaan negatif di sanubari...Ikhlas dan Amanah..
Saling Memberi dan Saling Menerima besar impaknya...

Sayang Selalu daripada MGC Pontian..Peneraju Bestari Minda dan Perkasakan Diri dengan Budaya Ilmiah

Tuesday 23 February 2010

AYUH MILIKI MENTALITI JUARA




Salam Perkongsian Ilmu Buat Semua...

Petua Hijrah Hari ini ialah ... Prinsip Sungai Hidup

Kehidupan umpama sebuah sungai yang deras..hujungnya air terjun yang tinggi, kuat dan ganas.
Dibawah air terjun penuh dengan batu-batu kerikil yang keras dan tajam yang sudah pasti menghancurkan apa sahaja yang jatuh ke bawah.......

Kita sebagai Manusia Umpama berada di sungai air yang deras itu.........Adakah kita bertindak berenang melawan arus, menuju ke lorong yang selamat untuk menyelamatkan diri dan membawa ke lautan kejayaan...ataupun sebaliknya Biarkan Diri Di bawa Arus.....Destinasi ditentukan Bukan Kita Yang Menentukan Destinasi

KunciNya ialah anda Mesti Melawan arus dengan membuat keputusan Untuk Berjaya..Anda Buat Keputusan untuk menjadi yang lebih baik........
Surah ali Imran Ayat 159 yang bermaksud........." Dan sekiranya kamu berazam,maka bertawakallah kamu kepada Allah"........ Apa yang Penting.. Bulatkan Tekad untuk menjadi sesuatu atau mendapat apa yang diingini........ Itulah Kuasa HIJRAH


Sekadar Ingatan Kenangan Cuti

Salam.... Lama sudah tidak bersua.. Cuti Tahun Baru Cina yang lalu banyak program bersama keluarga... Hasrat hati nak buat kelas Tambahan terpaksa di tunda..
Anak-anakku pula tahun ini akan menjejaki Pperiksaan UPSR..Kelas Tambahan Hari Sabtu

Peranan Sibapa amat besar membantu anaknda... Si Ibu pula sibuk mengurus rumah ,mengemas rumah,memasak dan menguruskan anak-anak...Jika tiada persefahaman..pincanglah kerukunan rumahtangga...

Keharmonian terbina hasil dari sikap Jemaah yang dipupuk.. Sembahyang Jemaah bersama-sama,MEngaji Bersama-sama, Membaca Terjemahan Ayat Bersama....Takkan Dilupa oleh Anak-anak yang makin membesar..

Percutian walaupun tidak panjang, mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia ada.. baik sesama keluarga mahupun adik beradik,ipar duai.. amat menyentuh sanubari
Masak bersama-makan bersama-sama.... Itulah Nikmat Percutian Ini...

Bagi Mereka yang mempunyai keluarga.. Sayangilah Keluarga anda.. Walaupun kita sibuk..
luangkan masa bersama mereka yang memerlukan keprihatinan kita...
Anak-anak Tanggungjawab Bersama..Susah senang Bersama... Di situlah terasa nikmatnya sebuah kehidupan....




Thursday 11 February 2010

Strategi Membina Pengaruh

Salam Perkongsian Ilmu buat Insan..Bergelar GC

Diri kita tidaklah sehebat mana..namun kita berusaha menjadi dan berbuat Yang Terbaik..

Kuasa Pengaruh Datangnya daripada Bicara Yang Lembut....
Tips..
1. Berlembut,terangkan dan tunjukkan dengan Cara Terbaik- Kisah Ibrahim dengan bapanya
2.Timbulan Persoalan danBerikan Pandangan
3.Luahkan Sikap ambil Berat dengan Penuh Kasih Sayang
4.Doakan Yang Terbaik kepada Individu yang berkonfrontasi
5.Mencari Soft Spot dalam Diri Individu

Setiap individu walau apapun personalitinya,mempunyai soft spot atau titik lembut dalam hatinya.Sejauh mana kerasnya seseorang itu,ada keadaan menjadikan orang itu mudah setuju dan cenderung akur berbanding dengan keras.

Formula Ayat 44 Surah Taha Memberikan Pengajaran Kepada Kita..
1.Nasihatlah yang baik secara berhemah dan berlembut mempengaruhi orang yang dimaksudkan
2.Ia juga mempengaruhi orang sekeliling kerana kita menyentuh soft spot dalam diri mereka

Tidak Ada Istilah Kalah Dalam Menggunakan Kaedah Ini..Mengalah Bukan Ertinya Kita Kalah Tetapi Tanda Orang Bijaksana

Sesungguhnya dengan Kata-kata yang lembut memberikan kita Ruang untuk kita Merapatinya dalam lingkungan peribadinya.Dengan Kata-kata yang lembut memberikan kita lebih masa berinteraksi dan kata-kata yang lembut memberikan keselesaan kepada dirinya terlebih dahulu dan tidak sikap defensif secara tiba-tiba..

Mesyuarat Kali 1 (Siantan Room PPD)




Hasil Post Mortem dariapda Mesyuarat Kali 1 telah diadakan di Siantan Room PPD Pontian suatu hipotesis dapat diberikan :
1.Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada hari Khamis 25 Febuari- dibawah Tajuk Bengkel Kejurulatihan GC di PKG Benut.
2.Pengisian Slot Ceramah akan diadakan pada hari tersebut
3.Data GC yang masih belum dilengkapkan dan dihantar bolehlah dihantar pada hari tersebut
4.Yuran / Sumbangan GC hendaklah dibawa sebanyak RM 30 yang wajib..Daerah dulu RM 5 sebulan belum diputuskan
5.Buku "Selagi Masih Muda RM 28 " dan Diari RM 30 diwajibkan kepada GC khususnya yang lama
6.Para Gc bolehlah memikirkan AJK Terbaru untuk dilantik bagi Tahun 2010
7.Segala Aktiviti MGC yang difikirkan perlu dan penting bolehlah diajukan dalam Mesyuarat
8.GC perlulah "sempurna PMP dan Rancangan Mengajar" agar menjadi suri teladan kepada yang lain.
9.Hal-hal lain bolehlah diajukan demi kebitaaran MGC Pontian dan Kebestarian Minda GC










MGC POntian Menjana Kebestarian..Memperkasa dan Mengangkasakan Diri....

Sunday 7 February 2010

Kursus Bina Blog MCCJohor


Alhamdullihah terlerai sudah segala kekusutan terhapus jua air mata kerinduan selama 2 hari di Landmark pastikan kenangan Roti Nan masih terasa..sehingga kini...Terimakasih MGC Batu Pahat khususnya Pn Nurshidah..dan suami...
Terima Kasih En Ismail Yon.. Kenangan Membina Blog pastikan tidak dilupakan..

Monday 1 February 2010

Motivasi Pagi DI SMKDPB

Suatu perkongsian ilmu inginku garap atas tinta ini.
Dahsyatnya Doa Ibu membuatkan aku menangis seketika..bicara motivasinya mungkin tak hebat bagi sesetengah pelajar atau orang lain, tapi tersentuh hati apablia mendengar kisah dasyhatnya doa seorang ibu..
Terusku belek sebuah buku karya Syamsuddin Mohd Nor,doa ibu seperti doa nabi untuk umatnya,doanya membawa kemuliaan,dapat menolak fitnah,membawa keselamatan,membawa Husnul Khatimah,Membuka Pintu Rezeki,Menyihatkan Keluarga,Sumber Kekuatan Batin dan Pintu Hidayah Sepanjang Zaman...

Tersentuh hati kerana aku sudah tiada mempunyai ibu..tapi kini aku rasakan kehebatan doa seorang Ibu apabila aku sendiri IBU kepada anak-anak..Insyallah. marilah kita sama2 menjadi insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibubapa kita walaupun mereka tiada di dunia ini..

Janganlah menjadi seperti ALqomah yang tidak boleh mengucap dua kalimah syahadat, Malin Kundang Menjadi batu,Lelaki Berkepala Keldai Keluar Dari Kubur,Rosli yang berdiri dengan satu kaki,Salmah yang susah melahirkan anak,Ulama yang kudung kedua-dua kaki dan tangannya serta matanya tercungkil..Naduzubillah..Semoga Anak2 kita tidak seperti itu.. JAdilah Seorang Ibu yang berjaya memiliki karakter yang unggul,selalu menambah ilmu,ikhlas hatinya,selalu memberi teladan,isteri yang baik,penyabar,selalu realistik,lemah lembut dan hidup bermasyarakat.

IBU..
Doanya adalah penawar..juga racun berbisa
Ibarat tajamnya mata pisau yang mampu melakar masa depan yang gemilang
buat anak yang tercinta,juga dapat menghancurkan masa depan si anak derhaka




Saturday 30 January 2010

Erti Hidup Pada Memberi


Indahnya KOnsep Memberi... Orang Yang Menerima Akan Gembira,Tetapi Lebih Berarti dalam hidup ini jika kita dapat memuaskan hati orang lain. Kasih sayang akan lebih terjalinUkhwah akan lebih tersimpul..Hidup menjadi lebih terkesan di jiwa apabila orang sentiasa mengingati kebaikan kita.


IndahJasmani, Indah Rohani,Indahlah Hidup Ini..Marilah kita sama-sama memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan
Add Image

Aktiviti MGCJohor Berjalan Lancar


Pada 29 hb Jan hingga 31 Jan 2010,Kursus Bina Blog MGCJ bersama SU Daerah dan Pen SU Daerah berjaya dijalankan dengan sempurna

Friday 29 January 2010

Memoriku

Salam mesra...selamat persahabatan... buat semua GC berkongsi cerita masalah Stress yang dialami oleh para GC..Ramai rakan GC yang mengalami kekejangan urat,sakit dan tertekan..
Marilah kita sama-sama berkongsi maklumat dan idea untuk menangani masalah GC .
Musyawarrah dan perkongsian ini sudah pasti merupakan sedekan jariah buat rakan yang menagih idea dan motivasi dari kita...

Hidup GC..GC Teras Kecemerlangan Ilmu Penerus Budaya Ilmu

Kursus Bina Blog



Pada hari ini 3o Jan bersamaan Hari Thaipusam..tentatif bengkel diteruskan lagi membina blog.Masih banyak kekangan yang kita hadapi antaranya ialah capaian wireless yang sukar menyebabkan ramai Jurulatih menghadapi masalah membina blog.. Walaubagaimanapun, inilah cabaran dan kekangan yang kita perlu hadapi..Sikap tidak berputus asa harus diteruskan...Usaha tangga Jaya

SALAM SATU MALAYSIA


SALAM SATU MALAYSIA..SALAM PERPADUAN

A
pa khabar GC semua? Moga sentiasa sihat walafiat...Satu Malaysia mendahului bicara di Hotel Landmark Batu Pahat terpahat sejarah
Kongsi ilmu membina blog sangat berguna buat semua Jurulatih GC yang terpilih.
Moga perkongsian ilmu ini akan terus diaplikasikan sehingga akhir hayat..
Terima kasih kepada Fasilitator..En Ismail Yon..atas kesabaran melayani karenah Jurulatih sejak 29 Januari hingga 31 Januari..Penat lelah dan jerih payah hanya Allah dapat membalasNya..