RSS

Wednesday 3 March 2010

PETUA ORANG YANG BERJAYA



Salam perkongsian ilmu...JAdilah seperti AIR dan ASAP

Profesor Sidek Baba..seorang pakar pendidikan ada mengatakan :
"Pendakwah itu seperti air dan asap..ia mengalir dan meresap".Ungkapannya cukup indah didengar apalagi dihayati.
Dalam menguruskan kerja seharian,kita mesti menyesuaikan diri dengan keadaan,tempat dan waktu.Tidak semua cara dapat digunakan bagi semua keadaan.Tidak semua orang dapat menerima semua cara.Ada kaedah yang berlainan bagi keadaan dan orang yang berlainan.

Mengagihkan tugasan kepada orang bawahan tidak sama dengan mengagih tugasan kepada rakan sepasukan.Juga tidak sama mengagihkan tugasan kepada ahli keluarga.Apa yang kita perlu ada ialah Personaliti Adaptif iaitu personaliti yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan,tempat dan orang yang kita temui.

"Lain padang,lain belalang,lain tempat,lain orangnya,banyak orang banyak ragamnya"

Tanamkanlah sikap :
1.Bersedia belajar dan menimba ilmu daripada orang lain
2.Bersedia hendak mengubah sikap dan tabiat lama sebelum ini
3.Membina perasaan selesa dengan orang lain
4.Pandai membaca suasana dan keadaan serta penampilan diri terbaik
5,Jangan cepat bertanggapan negatif ke atas orang lain
6.Pamerkan raut wajah yang positif dan ceria
7.Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar yang baik

" Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu.."-Nabi Muhammad s.a.w

Ketahuilah adaptif itu tidak munafik dan hipokrit.Hanya orang yang jahil sahaja berkata sedemikian.Jangan hiraukan mereka,meresaplah seperti ASAP dan mengalirlah seperti air.


No comments:

Post a Comment