RSS

Thursday 11 February 2010

Strategi Membina Pengaruh

Salam Perkongsian Ilmu buat Insan..Bergelar GC

Diri kita tidaklah sehebat mana..namun kita berusaha menjadi dan berbuat Yang Terbaik..

Kuasa Pengaruh Datangnya daripada Bicara Yang Lembut....
Tips..
1. Berlembut,terangkan dan tunjukkan dengan Cara Terbaik- Kisah Ibrahim dengan bapanya
2.Timbulan Persoalan danBerikan Pandangan
3.Luahkan Sikap ambil Berat dengan Penuh Kasih Sayang
4.Doakan Yang Terbaik kepada Individu yang berkonfrontasi
5.Mencari Soft Spot dalam Diri Individu

Setiap individu walau apapun personalitinya,mempunyai soft spot atau titik lembut dalam hatinya.Sejauh mana kerasnya seseorang itu,ada keadaan menjadikan orang itu mudah setuju dan cenderung akur berbanding dengan keras.

Formula Ayat 44 Surah Taha Memberikan Pengajaran Kepada Kita..
1.Nasihatlah yang baik secara berhemah dan berlembut mempengaruhi orang yang dimaksudkan
2.Ia juga mempengaruhi orang sekeliling kerana kita menyentuh soft spot dalam diri mereka

Tidak Ada Istilah Kalah Dalam Menggunakan Kaedah Ini..Mengalah Bukan Ertinya Kita Kalah Tetapi Tanda Orang Bijaksana

Sesungguhnya dengan Kata-kata yang lembut memberikan kita Ruang untuk kita Merapatinya dalam lingkungan peribadinya.Dengan Kata-kata yang lembut memberikan kita lebih masa berinteraksi dan kata-kata yang lembut memberikan keselesaan kepada dirinya terlebih dahulu dan tidak sikap defensif secara tiba-tiba..

No comments:

Post a Comment