RSS

Tuesday 23 February 2010

AYUH MILIKI MENTALITI JUARA




Salam Perkongsian Ilmu Buat Semua...

Petua Hijrah Hari ini ialah ... Prinsip Sungai Hidup

Kehidupan umpama sebuah sungai yang deras..hujungnya air terjun yang tinggi, kuat dan ganas.
Dibawah air terjun penuh dengan batu-batu kerikil yang keras dan tajam yang sudah pasti menghancurkan apa sahaja yang jatuh ke bawah.......

Kita sebagai Manusia Umpama berada di sungai air yang deras itu.........Adakah kita bertindak berenang melawan arus, menuju ke lorong yang selamat untuk menyelamatkan diri dan membawa ke lautan kejayaan...ataupun sebaliknya Biarkan Diri Di bawa Arus.....Destinasi ditentukan Bukan Kita Yang Menentukan Destinasi

KunciNya ialah anda Mesti Melawan arus dengan membuat keputusan Untuk Berjaya..Anda Buat Keputusan untuk menjadi yang lebih baik........
Surah ali Imran Ayat 159 yang bermaksud........." Dan sekiranya kamu berazam,maka bertawakallah kamu kepada Allah"........ Apa yang Penting.. Bulatkan Tekad untuk menjadi sesuatu atau mendapat apa yang diingini........ Itulah Kuasa HIJRAH


Sekadar Ingatan Kenangan Cuti

Salam.... Lama sudah tidak bersua.. Cuti Tahun Baru Cina yang lalu banyak program bersama keluarga... Hasrat hati nak buat kelas Tambahan terpaksa di tunda..
Anak-anakku pula tahun ini akan menjejaki Pperiksaan UPSR..Kelas Tambahan Hari Sabtu

Peranan Sibapa amat besar membantu anaknda... Si Ibu pula sibuk mengurus rumah ,mengemas rumah,memasak dan menguruskan anak-anak...Jika tiada persefahaman..pincanglah kerukunan rumahtangga...

Keharmonian terbina hasil dari sikap Jemaah yang dipupuk.. Sembahyang Jemaah bersama-sama,MEngaji Bersama-sama, Membaca Terjemahan Ayat Bersama....Takkan Dilupa oleh Anak-anak yang makin membesar..

Percutian walaupun tidak panjang, mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia ada.. baik sesama keluarga mahupun adik beradik,ipar duai.. amat menyentuh sanubari
Masak bersama-makan bersama-sama.... Itulah Nikmat Percutian Ini...

Bagi Mereka yang mempunyai keluarga.. Sayangilah Keluarga anda.. Walaupun kita sibuk..
luangkan masa bersama mereka yang memerlukan keprihatinan kita...
Anak-anak Tanggungjawab Bersama..Susah senang Bersama... Di situlah terasa nikmatnya sebuah kehidupan....




Thursday 11 February 2010

Strategi Membina Pengaruh

Salam Perkongsian Ilmu buat Insan..Bergelar GC

Diri kita tidaklah sehebat mana..namun kita berusaha menjadi dan berbuat Yang Terbaik..

Kuasa Pengaruh Datangnya daripada Bicara Yang Lembut....
Tips..
1. Berlembut,terangkan dan tunjukkan dengan Cara Terbaik- Kisah Ibrahim dengan bapanya
2.Timbulan Persoalan danBerikan Pandangan
3.Luahkan Sikap ambil Berat dengan Penuh Kasih Sayang
4.Doakan Yang Terbaik kepada Individu yang berkonfrontasi
5.Mencari Soft Spot dalam Diri Individu

Setiap individu walau apapun personalitinya,mempunyai soft spot atau titik lembut dalam hatinya.Sejauh mana kerasnya seseorang itu,ada keadaan menjadikan orang itu mudah setuju dan cenderung akur berbanding dengan keras.

Formula Ayat 44 Surah Taha Memberikan Pengajaran Kepada Kita..
1.Nasihatlah yang baik secara berhemah dan berlembut mempengaruhi orang yang dimaksudkan
2.Ia juga mempengaruhi orang sekeliling kerana kita menyentuh soft spot dalam diri mereka

Tidak Ada Istilah Kalah Dalam Menggunakan Kaedah Ini..Mengalah Bukan Ertinya Kita Kalah Tetapi Tanda Orang Bijaksana

Sesungguhnya dengan Kata-kata yang lembut memberikan kita Ruang untuk kita Merapatinya dalam lingkungan peribadinya.Dengan Kata-kata yang lembut memberikan kita lebih masa berinteraksi dan kata-kata yang lembut memberikan keselesaan kepada dirinya terlebih dahulu dan tidak sikap defensif secara tiba-tiba..

Mesyuarat Kali 1 (Siantan Room PPD)




Hasil Post Mortem dariapda Mesyuarat Kali 1 telah diadakan di Siantan Room PPD Pontian suatu hipotesis dapat diberikan :
1.Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada hari Khamis 25 Febuari- dibawah Tajuk Bengkel Kejurulatihan GC di PKG Benut.
2.Pengisian Slot Ceramah akan diadakan pada hari tersebut
3.Data GC yang masih belum dilengkapkan dan dihantar bolehlah dihantar pada hari tersebut
4.Yuran / Sumbangan GC hendaklah dibawa sebanyak RM 30 yang wajib..Daerah dulu RM 5 sebulan belum diputuskan
5.Buku "Selagi Masih Muda RM 28 " dan Diari RM 30 diwajibkan kepada GC khususnya yang lama
6.Para Gc bolehlah memikirkan AJK Terbaru untuk dilantik bagi Tahun 2010
7.Segala Aktiviti MGC yang difikirkan perlu dan penting bolehlah diajukan dalam Mesyuarat
8.GC perlulah "sempurna PMP dan Rancangan Mengajar" agar menjadi suri teladan kepada yang lain.
9.Hal-hal lain bolehlah diajukan demi kebitaaran MGC Pontian dan Kebestarian Minda GC










MGC POntian Menjana Kebestarian..Memperkasa dan Mengangkasakan Diri....

Sunday 7 February 2010

Kursus Bina Blog MCCJohor


Alhamdullihah terlerai sudah segala kekusutan terhapus jua air mata kerinduan selama 2 hari di Landmark pastikan kenangan Roti Nan masih terasa..sehingga kini...Terimakasih MGC Batu Pahat khususnya Pn Nurshidah..dan suami...
Terima Kasih En Ismail Yon.. Kenangan Membina Blog pastikan tidak dilupakan..

Monday 1 February 2010

Motivasi Pagi DI SMKDPB

Suatu perkongsian ilmu inginku garap atas tinta ini.
Dahsyatnya Doa Ibu membuatkan aku menangis seketika..bicara motivasinya mungkin tak hebat bagi sesetengah pelajar atau orang lain, tapi tersentuh hati apablia mendengar kisah dasyhatnya doa seorang ibu..
Terusku belek sebuah buku karya Syamsuddin Mohd Nor,doa ibu seperti doa nabi untuk umatnya,doanya membawa kemuliaan,dapat menolak fitnah,membawa keselamatan,membawa Husnul Khatimah,Membuka Pintu Rezeki,Menyihatkan Keluarga,Sumber Kekuatan Batin dan Pintu Hidayah Sepanjang Zaman...

Tersentuh hati kerana aku sudah tiada mempunyai ibu..tapi kini aku rasakan kehebatan doa seorang Ibu apabila aku sendiri IBU kepada anak-anak..Insyallah. marilah kita sama2 menjadi insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibubapa kita walaupun mereka tiada di dunia ini..

Janganlah menjadi seperti ALqomah yang tidak boleh mengucap dua kalimah syahadat, Malin Kundang Menjadi batu,Lelaki Berkepala Keldai Keluar Dari Kubur,Rosli yang berdiri dengan satu kaki,Salmah yang susah melahirkan anak,Ulama yang kudung kedua-dua kaki dan tangannya serta matanya tercungkil..Naduzubillah..Semoga Anak2 kita tidak seperti itu.. JAdilah Seorang Ibu yang berjaya memiliki karakter yang unggul,selalu menambah ilmu,ikhlas hatinya,selalu memberi teladan,isteri yang baik,penyabar,selalu realistik,lemah lembut dan hidup bermasyarakat.

IBU..
Doanya adalah penawar..juga racun berbisa
Ibarat tajamnya mata pisau yang mampu melakar masa depan yang gemilang
buat anak yang tercinta,juga dapat menghancurkan masa depan si anak derhaka