RSS

Saturday 6 March 2010

Berakhirnya Penutupan Kursus Bina Blog Bermulanya Suatu Inovasi




Salam.... Upacara penutupan oleh En Jasni dari sektor Jaminan Kualiti JPNJ suatu kebangaan buat para blogger..En Ismail mengharapkan agar kami dapat merealisasikan blog MGCJ dan insyallah semoga usaha ini akan menjadi suatu platform dalam agenda MGCJ untuk mencipta suatu Inovasi.

Thursday 4 March 2010

Dekatilah Golongan Muda ..





Salam perkongsian ilmu.........

Golongan muda khusunya 40 tahun ke bawah merupakan golongan yang perlu didekati kerana merekalah yang akan mewarnai pentadbiran negara.
Golongan ini mudah terdedah dengan pelbagai maklumat dan informasi..... perlulah pandai memilih antara kaca dan permata,antara nilam dan mutiara....tidak mudah melatah dalam membuat keputusan, dan mempunyai pendirian yang tetap tidak seperti lalang.

Kasihilah golongan muda,bimbinglah mereka...Yang muda dikasihi,Yang tua dihormati..
Wujudnya persatuan-persatuan belia yang ada pada hari inilah perlulah berlandaskan di jalan yang benar-benar tepat dan sesuai dengan apresiasi rakyat dan masyarakat Islam khususnya.
Teruskan Golongan Muda..Kaulah Penentu Terajui Negara .... Hanya Jauhari yang mengenal manikam..

Kursus Bina Blog Fasa 2



Salam........ Alhamdulillah kursus Bina blog kali ini berjaya dijalankan pada 4-5 Mac di BTPN atau Pusat Sumber Negeri Johor di Skudai.Kursus ini telah berjaya memantapkan para jurulatih blog daerah masing-masing untuk mengemaskinikan blog yang ada
Banyak input yang diberikan seperti pendedahan tentang perkongsian bahan dan laman URL yang boleh dijadikan link. Sesungguhnya kursus yang hanya dihadiri lebih kurang 20 orang ini memperoleh suatu kepuasan yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata.
Maklumat atau berita yang disampaikan tentang Metro Isu Gereja beri wang kepada ibu RM 2000 telah banyak memberikan kesedaran bahawa Islam itu bersifat SYUMUL.
Bantulah mereka mengikut kemampuan orang islam itu ibarat suatu badan terasa sakit,semuanya akan merasakn kesakitan,penderitaan tersebut.Disitulah nilai ukwah yang sukar untuk dirungkai oleh mana-mana pihak.Kembalilah kepada konsep Rasulullah S.A.W
( Sahifah Madinah) banyak yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya.


Sekadar Introfeksi ..Terima kasih tidak terhingga kepada Jurulatih utama Encik Ismail bin Yon ..anda adalah sifu yang sangat kami hargai.

Wednesday 3 March 2010

25 Flagship Pengarah


29 FLAGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR

1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.
i- Pengetua.
ii-Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.
24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.
27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan

Anda Berkarisma Apabila......?


Salam....


Pemimpin berkarisma tetap dihormati dan disanjung selepas turun dari kuasa.............
mereka

Hayatilah Keajaiban BULUH CINA.....


Di tanam selepas tanah digembur, selepas empat tahun,tidak ada tanda-tanda pokok bercambah.Apa yang dilihat hanyalah sedikit anak pokok.
Selepas lima tahun, buluh cina itu nak sehingga 80 kaki,


Pemimpin yang berprinsip memahami metafora ini...Mereka tahu apakah harga untuk menggembur tanah,menanam benih dan menyuburkan dan memupuk anak benih walaupun mereka tidak melihat hasil yang segera,kerana mereka percaya bahawa mereka akan menuai hasilnya..
Dipetik daripada: Stefen R.Coeyey First Thing First


Percayalah..Karisma adalah satu proses.."Kota Rom tidak dibina pada satu malam.." Karisma. adalah perkara misteri menurut anggapan sesetengah pihak. Ketahuilah..hari ini anda perlu percaya usaha membina karisma seperti anda menanam pokok buluh cina.


Semuga kita akan meneruskan usaha supaya anda sendiri berasa puas dengan apa yang anda usahakan.

PETUA ORANG YANG BERJAYA



Salam perkongsian ilmu...JAdilah seperti AIR dan ASAP

Profesor Sidek Baba..seorang pakar pendidikan ada mengatakan :
"Pendakwah itu seperti air dan asap..ia mengalir dan meresap".Ungkapannya cukup indah didengar apalagi dihayati.
Dalam menguruskan kerja seharian,kita mesti menyesuaikan diri dengan keadaan,tempat dan waktu.Tidak semua cara dapat digunakan bagi semua keadaan.Tidak semua orang dapat menerima semua cara.Ada kaedah yang berlainan bagi keadaan dan orang yang berlainan.

Mengagihkan tugasan kepada orang bawahan tidak sama dengan mengagih tugasan kepada rakan sepasukan.Juga tidak sama mengagihkan tugasan kepada ahli keluarga.Apa yang kita perlu ada ialah Personaliti Adaptif iaitu personaliti yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan,tempat dan orang yang kita temui.

"Lain padang,lain belalang,lain tempat,lain orangnya,banyak orang banyak ragamnya"

Tanamkanlah sikap :
1.Bersedia belajar dan menimba ilmu daripada orang lain
2.Bersedia hendak mengubah sikap dan tabiat lama sebelum ini
3.Membina perasaan selesa dengan orang lain
4.Pandai membaca suasana dan keadaan serta penampilan diri terbaik
5,Jangan cepat bertanggapan negatif ke atas orang lain
6.Pamerkan raut wajah yang positif dan ceria
7.Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar yang baik

" Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu.."-Nabi Muhammad s.a.w

Ketahuilah adaptif itu tidak munafik dan hipokrit.Hanya orang yang jahil sahaja berkata sedemikian.Jangan hiraukan mereka,meresaplah seperti ASAP dan mengalirlah seperti air.


Berubah Pimpinan MGC Pontian 2010

PENGERUSI MGC PONTIAN 2010 : EN BAHTIAR BIN HJ SUKKOR
Blockquote

naib pengerusi MGC PONTIAn : EN SALLEH ASMONI





Salam.. Harapan saya agar semua GC Pontian sudahpun mengenali Pengerusi MGC yang baru Iaitu Encik Bahtiar Sukkor daripada SMK DAto ALi Haji Ahmad .Naib Pengerusinya Sek Menengah ialah Encik Salleh Asmoni daripada SMK Ayer Baloi.Naib Pengerusi Sek Rendah Puan Norseha Shari. Setiausaha1 kekal yang lama Pn Sharifah'Ain daripada SMK Dato'Penggawa Barat..Setiausaha 2 Pn Misnah Jamil SK Sri Kembar.Bendahari diganti Puan NurzihanSMk Ayer Baloi

Tahniah kepada Pimpinan yang baru ini semuga meneruskan budaya kecemerlangan dan semangat kerja berpasukan.Tanpa adanya teamwork yang cukup mapan dan ampuh takkan jadi sebuah Kepimpinan yang unggul...

Berilah sokongan kepada kami...dengan sentiasa menghadiri Mesyuarat dan aktiviti MGC
Besar Tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan... Semuga kita sentiasa meneruskan budaya kerja yang cemerlang tanpa adanya perasaan negatif di sanubari...Ikhlas dan Amanah..
Saling Memberi dan Saling Menerima besar impaknya...

Sayang Selalu daripada MGC Pontian..Peneraju Bestari Minda dan Perkasakan Diri dengan Budaya Ilmiah